Awal berfikir tanda kejayaan,
Lambat berfikir membawa kehancuran.
Sebelum bertindak berfikir dahulu,
Agar pekerjaan tidak bercelaru.
Berfikirlah secara waras,
Agar tidak berasa was-was.
Kalau berfikir dengan tenang,
Kerja dibuat pasti senang.
Kalau fikiran selalu bercelaru,
Pasti hidup tidak menentu.
Setiap masa amalkan berfikir,
Agar hidup tidak tercicir.
Monday, 25 January 2010
Wednesday, 20 January 2010
MAJLIS PENDAFTARAN KAA 2010
Pada 18 Januari 2010, Majlis Pendaftaran Murid bagi memasuki Kelas Aliran Agama(KAA)telah diadakan di Dewan Bestari,SMK kg. Pasir Puteh.Majlis tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran murid yang datang bersama ibu bapa. Pemilihan murid untuk memasuki KAA dibuat oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara melalui ujian bertulis yang telah diselaraskan dan sesi temuduga.Dimaklumkan bahawa sebanyak 7 buah sekolah di Daerah Kinta terpilih untuk mewujudkan KAA dan SMK Kg. Pasir Puteh diperuntukkan sebanyak 50 orang murid iaitu untuk 2 kelas.Murid-murid yang terpilih adalah murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR di mana memperolehi sekurang-kurangnya 3A dan tidak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana sekolah berasrama penuh.
Majlis Pendaftaran tersebut telah dimulakan dengan sesi tayangan mengenai latar belakang KAA di sekolah ini meliputi pencapaian murid-murid KAA dalam PMR. Seterusnya, ucapan daripada YDP Pibg(Tn. Haji Md. Akhir b. Shaari) dan ucapan daripada Pn. Pengetua ( Pn. Hajah Zalikha bt. Abdul Rashid)- ucapan mereka adalah tentang impian dan harapan terhadap para murid KAA untuk mencipta kejayaan yang cemerlang.
Majlis tersebut telah diakhiri dengan ucapan perasmian oleh Tn. Haji Wan Ahmad Salehudin b. Rafie selaku Penyelia Agama Islam dan Moral, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara.Tn. Haji Wan Ahmad menerangkan tentang KAA meliputi prosedur pemilihan pelajar dan harapan PPD Kinta Utara terhadap murid-murid KAA. Beliau juga mengharapkan kerjasama yang padu diberikan oleh ibu bapa kepada pihak sekolah dalam menjana kecemerlangan anak-anak.

PANDUAN PEMAKANAN PELAJAR
Elakkan makan makanan
1. Jajan
2. Air atau makanan ada semut padanya
3. Makanan fast food seperti nuggets, burger, sosej
4. Makanan yang masam seperti jeruk
5. Otak ikan
6. Makanan yang berajinomoto
7. Makanan yang berbau busuk seperti- petai, jering dan bawang mentah
8. Air yang terlalu manis seperti air berkaibonat –air coke , pepsi,f&n
Kerap makan makanan
1. 21 kismis sehari ( 7 biji 3x sehari ) – sekurang-kurangnya 9 biji ( 3 biji 3 x sehari ) / 3 biji sekali
2. Air kacang soya sekali sehari
3. 2 biji kurma
4. 3 biji kacang pistachios sehari

ADAB BELAJAR MENURUT IMAM AL-GHAZALI
1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan
sebagai tanda penghormatan- ikut jantina
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru
5. Jangan menyangkal kata-kata guru
6. Jangan mengumpat pelajar lain
7. Jangan berbisik di hadapan guru
8. Jangan berpaling kiri dan kanan
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10. Berdiri apabila guru bangun
11 Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali
12 Rujuk guru dalam memilih ilmu
13 Jangan duduk tempat guru
14. Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya
17. Muliakan anak-anak guru
18. Selalu berhubung dengan guru
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan
keberkatan ilmu
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Sunday, 10 January 2010
SESI PERSEKOLAHAN 2010
4 / 01 / 2010 - Sesi Persekolahan 2010 bermula dengan pelbagai program dan aktiviti.
Program/Aktiviti sepanjang JANUARI 2010:
a. Program Orientasi Murid Tingkatan Empat dan Tingkatan Satu selama 3 hari dari 4/01/2010 hingga 6/01/2010.
b. Pendaftaran Unit Kokurikulum - 5/01/2010 ( Kelab/Persatuan ), 6/01/2010 ( Badan Beruniform dan Sukan/Permainan )
c. Mesyuarat Majlis Sukan Sekolah - 7/01/2010
d. Mesyuarat Agung Rumah Sukan - 8/01/2010
e. Latihan Merentas Desa - 12/01/2010 hingga 15/01/2010
f. Mesyuarat Agung Badan Beruniform - 13/01/2010
g. Mesyuarat Agung Kelab Sukan/Permainan - 14/01/2010
h. Mesyuarat Agung Kelab/Persatuan - 18/01/2010
i. Merentas Desa - 23/01/2010

Subscribe to:
Posts (Atom)