Wednesday, 20 January 2010

MAJLIS PENDAFTARAN KAA 2010

Pada 18 Januari 2010, Majlis Pendaftaran Murid bagi memasuki Kelas Aliran Agama(KAA)telah diadakan di Dewan Bestari,SMK kg. Pasir Puteh.Majlis tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran murid yang datang bersama ibu bapa. Pemilihan murid untuk memasuki KAA dibuat oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara melalui ujian bertulis yang telah diselaraskan dan sesi temuduga.Dimaklumkan bahawa sebanyak 7 buah sekolah di Daerah Kinta terpilih untuk mewujudkan KAA dan SMK Kg. Pasir Puteh diperuntukkan sebanyak 50 orang murid iaitu untuk 2 kelas.Murid-murid yang terpilih adalah murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR di mana memperolehi sekurang-kurangnya 3A dan tidak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana sekolah berasrama penuh.
Majlis Pendaftaran tersebut telah dimulakan dengan sesi tayangan mengenai latar belakang KAA di sekolah ini meliputi pencapaian murid-murid KAA dalam PMR. Seterusnya, ucapan daripada YDP Pibg(Tn. Haji Md. Akhir b. Shaari) dan ucapan daripada Pn. Pengetua ( Pn. Hajah Zalikha bt. Abdul Rashid)- ucapan mereka adalah tentang impian dan harapan terhadap para murid KAA untuk mencipta kejayaan yang cemerlang.
Majlis tersebut telah diakhiri dengan ucapan perasmian oleh Tn. Haji Wan Ahmad Salehudin b. Rafie selaku Penyelia Agama Islam dan Moral, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara.Tn. Haji Wan Ahmad menerangkan tentang KAA meliputi prosedur pemilihan pelajar dan harapan PPD Kinta Utara terhadap murid-murid KAA. Beliau juga mengharapkan kerjasama yang padu diberikan oleh ibu bapa kepada pihak sekolah dalam menjana kecemerlangan anak-anak.

No comments:

Post a Comment