Pada tanggal 01/03/2010, satu perhimpunan rasmi diadakan pada awal pagi bagi menyempurnakan Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk tahun 2010.Majlis Pelantikan tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Shahruddin Bin Hj. Isa iaitu Penyelia Hal Ehwal Murid, PPD Kinta Utara dengan penyampaian watikah pelantikan kepada para pelajar yang terlibat.
Dalam ucapan perasmian, Tuan Haji Shahruddin mengucapkan terima kasih kepada warga sekolah atas sumbangan yang diberikan dalam memastikan kestabilan dunia pendidikan dalam Daerah Kinta Utara. Selain itu, beliau juga mengharapkan para pelajar dapat memainkan peranan yang sepatutnya dalam mematuhi segala peraturan dan undang-undang negara agar dapat menjadi pelajar yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri dan keluarga malahan untuk bangsa, agama dan negara. Masalah kebejatan sosial di kalangan para pelajar terutama di kalangan pelajar Melayu begitu membimbangkan semua pihak.Kepelbagaian masalah yang timbul seperti lumba haram, peyalahgunaan dadah sehinggalah kepada salah laku seksual memerlukan keprihatinan semua pihak dalam menanganinya agar tidak menjadi lebih serius dan sukar dibendung lagi.
Oleh itu setiap pelajar perlulah menjadikan peluang yang diberikan untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadikan sekolah sebagai tempat yang selesa dan selamat serta menyeronokkan.Manakala bagi pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah yang dilantik dapat memainkan peranan yang sebaiknya bagi menjamin kelicinan pentadbiran sekolah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment