Monday, 5 April 2010

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SESI PETANG...

Pada 29 Mac 2010 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2010. Surat perlantikan telah disampaikan oleh Penolong Kanan HEM yang baru Cik Hadijah dan Penolong Kanan Sesi Petang yang baru iaitu En. Mohammad Abadi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mansor. Setelah itu para hadirin dapat mendengar nasihat dan mandat dari pihak pentadbir sekolah. Majlis berjalan dengan lancarnya dan berakhir kira-kira jam 6.40 petang

No comments:

Post a Comment